Assalamulaikum...
huhu.. dah lama tak menaip blog.. ade lah 2 hingga 3 bulan.. bukan ape.. busy sgt2.. bnyk sgt komitmen.. kesian kat all readers sekalian alam.. oleh kerana aku telah melukakan hati fans aku yang aku sayangi.. so aku buat tutorial yang sering korang nak tahu macam mana nak buat kalau mengalami problem seperti ini..
tutorial nie berkaitan dengan menyelesaikan masalah internet limited access... mule2 mase aku mule2 kene dulu aku bengang gak.. sebab selalu kene macam tuh.. sampaikan aku berani telefon TM sebab nak selesaikan masalah tersebut... last2 operator TM tuh ajar aku macam mana nak buat kalau mengalami masalah tersebut... rupe2 nyer senang bangat!!! aku rasa adik aku yang tadika tuh pown boleh buat.. huhuhu..
perkara ini bukan salah TM pun.. salah laptop yang mengalami masalah tersebut!! hehehe.. k lah taknak taip panjang2.. mahu buat assignment yang berlambak tak buat satu hapah pown lagi!! ok semua dah sedia??kita mulakan sekarang =D!!!!!
1stly!!!!!
mule2 korang g kat start kat bawah sebelah kiri ( kalau tak tahu bende nie aku tak tahu korang gune laptop jenis ape.. hahaha gurau jerk) pastu korang klik control panel macam dalam kotak yang aku merahkan tuh... nampak tak??? kalau tak nampak suruh orang buatkan!! LOL!! =P
2ndly
pastu kuar benda alah nie!! korang klik kat kotak merah NETWORK AND INTERNET!! jumpa tak??! =)
3rdly!!
pastu klik network and sharing center!!
4thly
pastu kuar bende alah nie korang klik kat MANAGE WIRELESS NETWORK!!!
5THLY!!
OKEYH NIE PART LAST.. TAKE SERIUS!! korang akan nampak bende alah nie keluar.. so ape yang aku nak korang buat sekarang.. klik satu per satu line yang ada kemudian remove!!!! buat sampai ruang di atas kosong tiada lagi line!!!! KEMUDIAN CONNECT SEMULA LINE ANDA GUNAKAN!! letakkan password jika ada!! InsyaAllah laptop ada tak mengalami limited access lagi!! kalau mengalaminya jugak..
I DUNNO WANT TO SAY!!! =D SELAMAT MENCUBA!!
Followers
Sunday, 4 March 2012
Sunday, 25 December 2011
:: BLOG WILAYAH ISLAMIAH BEBAS MALWARE!!! ::
Labels:
Pengunguman
Thursday, 22 December 2011
:: Panduan Membeli Laptop Bahagian 2 ::
Assalamulaikum...
okeyh entry kali ini adalah kesinambungan kepada entry aku yang lepas berkaitan dengan panduan membeli LAPTOP!! pertama sekali tetapkan tujuan okeyh.. kegunaannya untuk ape dan carilah kesesuaian dengan kehendak tujuan saudara dan saudari sekalian..
okeyh kita masuk bahagian yang kedua berkaitan dengan kos pembelian... kalau nak kan yang terbaik mestilah harganya boleh beli sebuah motosikal baru.. hehehe.. tapi ADAKAH BERBALOI BELI LAPTOP MAHAL-MAHAL??? hahah ini persoalan yang sering mengganggu pembeli LAPTOP yang mempunyai duit poket yang tebal...
untuk pengetahuan saudari dan saudara yang budiman sekalian sebenarnya apabila kita membeli MAKHLUK bernama LAPTOP sudah semestinya mempunyai nilai susut yang agak tinggi.. tak kirelah KORANG beli LAPTOP mahal atau murah..., dan untuk pengetahuan korang perkembangan teknologi semakin berkembang pesat sesuai dengan pembangunan arus modenisasi.. so kalau korang beli mahal-mahal laptop sekarang about 3 years past ur LAPTOP can be crap and boleh campak dalam tong sampah becuase ur laptop very ketinggalan hahaha...
kesiankan?? itulah nasib MAKHLUK bernama LAPTOP.. ini lah yang menjadikan aku berfikir 2 atau 3 kali sebelum membeli LAPTOP yang mahal.. tepuk dada tanya poket kat dada tuh.. kalau rasa duit takde jadi masalah, so go on.. kalau rasa duit nak makan pown asyik xde jerk beli lah yang semi pro LAPTOP... dan sayangi LAPTOP anda seperti anda menyayangi diri ANDA =)... NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA,.,,,,,,,,,,
Labels:
Tutorial Laptop
:: Alhamdulillah Dapat Job ::
Assalamulaikum..
Entry kali ini agak santai sikit sebabnya aku bukan nak buat tutorial pasal komputer.. tapi aku nak ceritakan pasal diri aku.. hehe... (kalau rasa tak nak dengar takpelah) tapi seriusly yang aku nak ceritakan ini mungkin boleh jadi sumber kejayaan korang dan sumber inspirasi kat korang (ayat macam yeye) hehe...
pertama sekali aku nak cerita ialah aku tak sangka aku akan jadi penulis blog...
seperti yang semua sedia maklum aku telah menjadi penulis blog sepenuh masa yang cuba menyampaikan wadah-wadah berguna buat semua (cewah), aku seorang yang agak LAZY BONE but, aku seorang yang sangat aktif buat aktiviti.. bersukan dan sebagainya... maksudnya aku seorang yang bukan kaki menghadap laptop melainkan aku seorang GAMERS yang popular di kalangan peminat DOTA.. (mesti pening kepale dengar kan??
okeyh aku straight to the point lah, sebenarnya nak dijadikan cerita KAKI AKU INJURED semasa liga bola sepak kat IPG tempat aku belajar... Ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu... aku cuba berehat untuk sebulan lamanya tetapi masih belum baik... tatkala aku cuba bersukan semula aku akan merasa kesakitan yang amat sangat.. oleh kerana aku mengambil keputusan untuk berehat selama setahun bermula bulan SEPTEMBER 2011.. oleh kerana aku terlampau bosan sangat aku pown mula menulis BLOG yang aku telah buat 3 TAHUN YANG LEPAS!!
jadi masa mula-mula menulis blog aku sahaja santai-santai jerk, tak beri penekanan sangat.. tapi lama-kelamaan perasaan aku nak menulis semakin membuak-buak disebabkan READERS yang makin bertambah.. That's y yang menjadi kekuatan kat aku untuk terus menulis di blog.. Aku tak nak hampakan HATI READERS yang telah mula mempercayai BLOG YANG AKU BUAT!! AKU SAYANG semua READERS SEKALIAN!!! tanpa kamu semua aku tak mungkin mempunyai kekuatan seperti sekarang =P
Kedua aku tak sangka plak aku ade peminat dalam kalangan page di FACEBOOK..
Terharu sangat-sangat bila ade READERS yang bertanyakan pasal aku.. Kenapa aku dah lama tak mengkomen di status PAGE MAJLIS ILMU.. ya Allah terharu sangat-sangat.. bukannya aku tak nak komen dah, cuma aku melihat semakin ramai orang yang begitu mantap yang boleh memberikan hujah setiap persoalan yang dibangkitkan.. jadinya aku lebih tertumpu kepada penulisan blog yang telah aku buat untuk semua READERS TERSAYANG =).. JANGAN MARAH YA ADIK2 SEKALIAN..
insyaAllah aku sentiasa melawat page tersebut.. selagi ada masa aku akan terus mengupdate pos yang berguna untuk kalian semua hehehe..
Ketiga aku semakin busy.. hehehe
Ade job yang nak kene buat, lagipun seperti yang aku perkatakan aku ade 3 blog yang perlu diuruskan.. cuma satu BLOG LAGI Aku tak sempat2 nak uruskan.. iaitu WILAYAH INTELEKTUAL!! ADE SESIAPA YANG MINAT NAK JADI ADMIN BLOG INI TAK?? kalau rasa berbakat dan mempunyai masa aku boleh ADD JADI ADMIN blog itu kepada yang berbakat dan berminat.. taknak lah blog itu mati macam itu sahaja.. boleh email kat farhanlife@gmail.com JIKA BERMINAT!! ataupun PM aku kat FACEBOOK YANG BERNAMA TUAN MUDA FARHAN =)
Labels:
Aku dan,
Student Life
Wednesday, 21 December 2011
:: Panduan Membeli Laptop Oleh Aku Yang Noob ::
Assalamulaikum..
entry kali ini berkaitan dengan panduan nak membeli laptop oleh aku yang noob tentang laptop.. uhuhu.. jadi kalau ade kekurangan maafkanlah pendapatku ini ya.. hehe.. okeyh biler nak beli laptop tetapkan tujuan.. opss sebelum aku memberikan nasihat yang noob ini.. aku nak bgtahu yang aku takkan sentuh pasal APPLE punya produk.. So, kalau ade orang yang giler APPLE nak kondem penulisan aku seriusly aku cakap korang nie mesti tak baca status aku iaitu " aku takkan sentuh pasal APPLE punya produk!!" so jelas ekh.. hehehe.. oklah nie antara panduan nak beli laptop yang super simple dari aku..
- Tujuan
- Kos (Ade duitnya berapa)
- Brand
TUJUAN
Okeyh, pertama sekali korang mesti tahu tujuan korang membeli laptop atas sebab apa?? adakah untuk GAMING?? ASSIGNMENT?? VIDEOMAKER?? SURFING INTERNET?? PROGRAMMING?? dan lain-lain hal lagi yang seangkatan dengannya.. apabila korang dah tahu tujuan korang untuk beli laptop.. korang boleh lah survey di kedai dengan kesesuaian pemikiran otak korang..
Contohnya kalau nak beli laptop untuk GAMING, korang haruslah cari laptop yang mempunyai spesifikasi yang tingggi berserta dengan DUIT POKET YANG TEBAL!! hahaha.. contoh spesifikasi GAMING.. korang kene tengok
- intel apa yang digunakan (i7,i5,i3 amd phenom dan sebagainya)
- tengok gak RAM die.. lagi banyak lagi bagus.. kalau ade 100G ram lagi bagus (untuk tahun 2100) hahaha..
- grafik card.. cari lah yang DDR3, skunk dah DDR5 jangan tak tahu plak..
tengok benda alah nie dulu yang penting and baru yang lain-lain.. tapi nak nasihatkan kalau nak beli laptop untuk gaming korang carilah brand yang memang untuk gaming.. kalau korang bantai ASUS ZENBOOK untuk gaming yang giler babun berat, for the sure 1 years your laptop make many problem...
bukannya apa kebanyakkan laptop tak boleh support games yang giler babun berat!! sebab tuh untuk gaming sesuai pakai PC.. kenapa aku cakap macam tuh sebab walaupun spesification korang dah gempaks tahap DEWA tapi kalau laptop nyer selalu running application yang banyak gune tenaga for the sure tak tahan lama..
contoh mudahnya korang beli kereta BMW5 SERIES.. pastu korang buat lenjan dalam ladang getah punya jalan.. hahaha konfem 3 bulan pastu korang jual balik sebab tak tahan kos baiki kereta tersebut.. samalah hal nya dengan laptop.. belilah ikut kesesuaian tujuan korang.. kalau tak nanti korang yang rugi.. konon beli laptop spesification yang tinggi pastu setahun mula meragam dah banyak plak nak kene kuar duit.. huhuhu,,
jadi tetapkan tujuan nya okeyh.. kalau ikutkan banyak lagi nak sembang pasal tujuan ini.. tapi malas lak aku nak taip panjang-panjang.. hehe.. senang cmnie jelah kalau korang tak faham atau nak tanya pendapat aku pasal tujuan membeli laptop ini korang komen jerk kat bawah entry nie.. nanti aku balas kalau aku terbaca.. hahahaha... entry berkaitan kos dan brand aku sembang esok jelah ekh.. bye-bye sume =P
Labels:
Tutorial Laptop
Tuesday, 20 December 2011
:: Sejarah Kewujudan Komputer ::
Assamulaikum...
Sebelum aku nak memulakan tutorial aku bab komputer, aku nak bagi tau info serba sedikit mengenai sejarah komputer sendiri.. macam mane die wujud?? adakah dengn secara tiba-tiba? atau tak disengajakan? atau teknologi ini telah wujud pada masa yang lampau?? sekarang nie kite tengok sejarah ringkas dan serba sedikit mengenai kewujudan peranti pintar KOMPUTER!!!
Sumber : http://murideen.tripod.com
Sebelum tahun 1940
Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.
Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggiltulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.
Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.
Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'.Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.
Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggilMark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
- Generasi Pertama (1940 - 1959)
- Generasi Kedua (1959 -1964)
- Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
- Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
- Generasi Kelima (masa depan)
Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contohkomputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.
Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.
Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.
Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar(large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.
Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.
Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.
Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.
Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.
Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
Itulah sejarah berkaitan dengan penciptaan KOMPUTER!! nanti artikel yang seterusnya akan bersambung dengan pengenalan komputer lagi.. hehe.. velum start totorial lagi.. releks2 ekh =P
Labels:
Tutorial Laptop
Monday, 19 December 2011
:: Aku dan Komputer ::
Assalamulaikum..
seperti yang telah dijanjikan dan diniatkan, aku akan menjadikan blog ini sebagai tutorial bagi komputer dan laptop.. tapi mungkin takdelah merangkumi semua perkara... cuma sikit-sikit aku akan buat tutorial okeyh!! mane larat nak buat semua betul tak?? hehehe..
aku akan mengupdate tutorial yang basic jerk... xdelah pro mane pown.. mungkin nanti akan ade orang yang lebih pro nak kondem penulisan aku nanti terpulanglah ler.. niat aku ikhlas nak membantu orang memahami basic mengenai komputer...
aku bukannya apa.. aku kesian tengok kat orang terutama sekali perempuan yang tak tahu pasal komputer.. sikit-sikit mahu hantar kedai baiki laptop.. dan jujur sekali aku mengatakan bahawasanya sepanjang aku pergi ke kedai komputer diorang nie banyak MENIPU!! SERIUSLY!! dan banyak yang menipu ini bangsa @#%$ .. aku tak leh nak bagitahu tapi pikir-pikir sendiri okeyh =)
sebab pengalaman aku banyak lah kedai nie sebenarnya nak untung lebih.. sebenarnya ada banyak laptop yang mempunyai warranty tapi mungkin TUAN punya laptop tak menyedari kewujudan WARRANTY tersebut atau tidak tahu berurusan dengan SERVIS CENTER laptop BRAND tersebut.. apabila hantar kedai habis semua software original korang seriusly semua akan digantikan dengan PIRATE!! kalau korang beli LAPTOP BARU.. korang akan dapat WINDOWS yang ORIGINAL!! so sebaik-baiknya elakkan dari KORANG MENGGUNAKAN YANG PIRATE!!
Pasal Hardware pulak lagi membohong KUAT!!.. macam-macam nak ditukarnya padahal benda lain yang problem.. ini semua sandiwara!! tapi aku dapat merasakan sebenarnya OWNER kedai mungkin jujur ketika berniaga.. tapi yang bangangnya mungkin pekerja KEDAI KOMPUTER itu yang banyak tak tahu pasal KOMPUTER.. so, lebih baik korang deal ngan bos kedai sebab die mesti lebih PRO dari pekerja die!!
tapi tak semua kedai yang tak jujur.. ade kedai yang jujur dalam berniaga dan aku pernah jugak jumpa.. tapi seriusly tak salah aku mengatakan lebih kurang 60% perkerja kedai KOMPUTER tak tahu sepenuhnya tentang KOMPUTER!! tapi BOS KEDAI, aku konferm pro!! =)..
so thats why aku nak buat penulisan tutorial aku kat sini supaya korang semua mungkin dapat menjimatkan duit poket korang dan menambah pengetahuan korang dalam membina masyarakat yang berteknologi tinggi.. hehehehe...
nota kaki BERUANG!! : pirates tuh bukan pirate lanun dalam movie tuh tapi maksudnya CETAK ROMPAK!!
Labels:
Pengunguman,
Tutorial Laptop