Pages

Followers

Saturday, 25 June 2011

:: Kesibukan ::

Assalamualaikum..
entry kali nie berkaitan dengan kesibukan aku untuk mengupdate blog.. huhuhu..

setelah abiz cuti semester aku.. aku telah naik semula pengajian untuk semester yang ke-4 PISMP.. memang pejam celik, pejam celik cepat jek masa berlalu.. namun dalam masa yang pantas berlalu banyak perkara yang membuatkan aku ke arah kematangan.. mungkin aku tak sedar kematangan aku, namun orang sekeliling banyak perasan proses perubahan yang ada dalam diri aku.. kalau dulu aku banyak main jerk.. tapi sekarang banyak tanggungjawab yang makin banyak aku kene pikul..

subjek pengajian aku makin lama makin susah.. mula-mula belajar masa masuk program ijazah dulu aku rasa senang jerk.. tapi sekarang keadaan dah berubah, subjek  pengajian lebih terperinci dan susah.. aku kene belajar betul-betul untuk score subjek-subjek yang aku amik.. huhuhu.. dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa, bukan aku seorang jerk yang berubah ke arah proses kematangan.. semua kawan-kawan aku juga berubah ke arah yang sama.. kalau dulu tak sibuk, sekarang dah sibuk.. kalau dulu kuar makan sama-sama, sekarang dah jarang kuar makan sama.. kalau dulu main sama-sama, sekarang dah jarang main sama-sama.. semua perubahan tu aku rasakan sekarang..

bile semua orang sibuk dengan life masing-masing maka bercakap pown dah kurang sekarang.. tak macam dulu.. bagi aku semua orang akan mengalami proses yang sama.. kalau dulu aku suka sangat bermain game.. aku seorang gamers... main game setiap masa.. tapi sekarang aku dah kurang minat nak bermain game.. mungkin sebab kematangan yang aku alami.. 

melihat situasi remaja-remaja yang lagi muda dari aku, aku lihat kebanyakkan mereka masih belum mencapai ke arah kematangan lagi.. aku percaya nanti satu masa mereka juga akan merasa apa yang aku rasa.. kalau dia seorang yang sosial masa sekarang ini kelak dia akan berubah menjadi matang.. tak pernah dalam sejarah dunia aku tengok bila dia ada masalah sosial ketika muda sampai ke tua dia akan menjadi sosial.. satu hari nanti orang itu pasti akan berubah.. takkan lah sampai dah jadi nenek atau atuk perangai nak lagi macam zaman remaja.. skinhead, emo, gothic dan sebagainya?? buat masa ini tak pernah lagi lah aku tengok nenek-nenek atau atuk-atuk masuk group tu bile dah tua.. semua perangai buruk tu akan hilang di telan arus masa..

cuma apabila tua kelak dia akan menyesal dengan perbuatan yang dia  buat.. ataupun mungkin mereka ini apabila sudah tua, mereka akan teringat zaman kebodohan mereka.. bagi yang berjaya mereka pada waktu tua akan mengecapi kejayaan mereka dengan cucu dan anak-anak mereka.. begitulah nilai kematangan yang ada pada waktu itu.. sumber ini aku petik dari buku-buku motivasi yang aku baca.. kematangan akan muncul apabil seseorang otu bersedia untuk menerima amanah serta tanggungjawab yang ada.. apabila banyak amanah dan tanggungjawab maka masa dirasakan semakin suntuk hingga ada yang memberi alasan sibuk 24 jam.. huhuhu.. mungkin aku tergolong dari golongan tu.. jadi kalau ada masa terluang aku akan mengupdate blog ini seperti biasa.. bergantung kepada kerja kursus yang aku dapat  hehehe.. =)



Nota Kaki : Nanti bila korang dah jadi atuk nenek, korang akan sedar kesilapan korang masa lalu.. cepat-cepatlah matang yer..

Saturday, 18 June 2011

:: Lelaki Soleh ::

Assalamulaikum..



Bercita – bercita menjadi lelaki soleh? Alhamdulillah.. bermakna anda berusaha untuk menjadi lelaki pilihan Allah. Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang soleh, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.
Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri. Oleh itu,  jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan. Tugas itu adalah :

1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin& pelindung bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.
Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
“Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain.
Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )
*Saya lelaki. Post ini khasnya untuk memperingatkan diri saya sendiri. Jua dengan harapan, manfaatnya tumpah kepada lelaki-lelaki lain di dalam kehidupan ini.

Nota Kaki : Teringin sebenarnya menjadi lelaki soleh. Tapi dalam masa yang sama banyak ujian yang akan diperoleh. Ingat2lah......

Wednesday, 15 June 2011

:: Nikah Khitbah ::

Assalamulaikum.. artikel kali ini berkaitan dengan Nikah Khitbah...
Sumber http://u-jam.blogspot.com



Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks ,maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Nota Kaki : Ini adalah antara jawapan yang paling sesuai bagi mengatasi masalah kemelut zina dalam kalangan remaja pada hari ini. Nikah lah kerana Islam tidak akan menyusahkan penganutnya.

Saturday, 11 June 2011

:: Tahniah Terengganu ::

assalamulaikum... tahniah kepada pasukan terengganu!!!! =)
dipetik daripada kosmo 12 june 2011
‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’. 
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.
Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.
Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.
Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.
Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.
Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.
Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.
Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.
Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.
Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.
Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.
Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.
Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.
Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.
Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.
KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.
Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.
jangan gaduh2 taw =)

:: MLM ::

assalamulaikum....

Bismillahhirrahmanirrahim....... enrty kali ini berkaitan dengan perniagaan yang dikenali sebagai MLM... hahaha.. entry nie agak hangat lah gak kan.. sebab ramai kawan2 aku yang masuk MLM nie... rasanya ramai yang telah sedia maklum berkaitan dengan MLM nie... terutama sekali pelajar2 di IPTA dan IPTS... huhuhuhu... bukan nak kondem... tapi ini realiti yang harus diperbetulkan k.....

aku sebenarnya dah lama minat dengan bisnes nie... huhuhu... boleh dikatakan sejak sekolah lagi cita2 aku untuk menjadi usahawan ataupun bisnesman.... so bile dah minat terhadap perniagaan.. aku banyak melakukan research..... banyak buku2 berkaitan dengan perniagaan aku baca.. dan hobi aku adalah membaca.. aku boleh habiskan satu buku yang setebal 200 lebih muka dalam masa 4 jam jerk.. huhuhu.... nak dijadikan cerita.. sejak aku belajar dekat institut pendidikan guru.. aku disogokkan dengan perniagaan MLM....

hahaha.. kelakar pun ada gak... sebabnyer aku dah tahu berkaitan dengan bisnes MLM masa aku sekolah menengah lagi.. tapi masa aku digelar budak sekolah so, mana ade duit.. orang tak cari akulah... tapi aku cukup faham dengan sepak terajang MLM nie... masa mula2 masuk IPG.. aku tengok berebut2 orang terangkan MLM kepada budak2 sebatch dengan aku... aku hanya melihat dan berfikir sambil tersenyum.... tapi dalam masa yang sama aku sedih....

kenapa aku sedih?? begitu ramai orang yang mudah terpengaruh dengan MLM nie.. yang sedihnya dorang belum lagi research tentang MLM tetiba bila orang provokasi tntang MLM nie terus percaya.... aduhai begitu lemahnya pemikiran... dangkal sungguh... dan oleh sebab tuh.. ade diantara kawan2 aku yang masuk MLM ini dengan penuh bangga dan seronok... aku masa tuh hanya mampu tersenyum bagi tidak melukakan hati kawan2 aku....

aku cuba untuk beritahu diorang tntang hakikat sebenar mengenai MLM tapi ternyata hati mereka terlalu rakus untuk mengejar kekayaan... namun apa yang aku lihat sekarang kawan2 aku jatuh satu persatu.... bukan jatuh gagal dan sebagainya.. tetapi ditipu oleh syarikat MLM tanpa mereka ketahui... sedih aku lihat... begitulah orang MELAYU sgt mudah terpengaruh dengan kereta mewah, rumah mewah, dan  sebagainya tetapi taknak berusaha sehinggakan menjadi mangsa ditipu...

apa yang aku lihat sekarang antara banyak2 kawan aku yang menyertai MLM takde satu pun yang berjaya... pelikkan?? xde satu pun yang pakai kereta mewah2...... itulah hakikat sebenarnya... bukalah mata wahai rakan2 sekalian... jangan lah diri itu mudah ditipu.. melabur beribu ringgit tetapi satu habuk pown xde.... baik simpan duit untk pelajaran atau bantu keluarga dikampung.. INSYAALLAH.. Allah akan melipat gandakan wang tersebut dari percaya MLM yang ntah  apa2... sekian salam...

ini hanya pendapat.. jangan mrah ya =)

orang diatas TERSENYUM, orang dibawah BERMURAM..
btol ker konsep mcm nie??? pkir sndri =)

Tuesday, 7 June 2011

:: mim alif lam sin ::

assalamulaikum...

entry kali ini berkaitan dengan mim alif lam sin.... hahahaha... apa maksudnya itu??? huhuhu... mim alif lam sin bermaksud MALAS!! ..... huhuhu.. aku tahu penyakit nie ramai melanda blogger2 sekalian alam.... keh3 termasuklah aku.... kadang2 rasa begitu malas sekali untuk mengupdate blog... tapi kenapa hal ini berlaku?? pernah tak korang terfikir?? mungkin disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan... huhuhuhu....

faktor yang pertama
malas nak update sebab line internet selalu buat hal... huhuhuhu... ini antara perkara yang sering aku alami... tengah dok syok2 taip berkaitan dengan artikel tetiba internet terputus... perkara ini sering membuatkan mood untuk menulis hilang... lalu menyebabkan kemalasan untuk menulis blog pada masa akan datang =)... hehehe... cara dia mudah jerk.. buatlah report kat tm abiz cerita.. nanti diorang datang ganti modem yang baru mcm aku nyer modem dah 4 kali tukar =)...

selain itu jugak kemalasan untuk mengupdate blog adalah disebabkan kerana internet terlalu slow... huhuhu.. benda nie aku paling menyampah sekali sebab bile dah slow nak upload gambar pown susah.... so, takkan lah artikel yang nak dikeluarkan takde gambar mestilah jadi tak menarik... perkara  mcm nie sering terjadi dekat kedai2 makan yang mengofferkan internet free mcm contoh mcd, kedai mamak, bistro dan sebagainya... huhuhu... cara dia mudah jerk.. cari kedai makan yang ade online tapi tak ramai orang online.. ini akan menyebabkkan internet anda bertambah laju =)

faktor yang kedua
malas sebab takde idea... hahahaha... kalau dah takda idea macam mana nak update btul tak?? tapi kenapa korang tak banyak idea?? adakah otak korang bengap?? hehehe.. jangan marah... gurau jek... kalau dah takde idea ape yang perlu kiter buat?? hehehee.. ape lagi jalan2 lah tengok blog orang lain... kadang2 bile kiter baca blog orang lain ianya akan merangsang otak kiter untuk dapat idea yang bgus2... biarlah kita update blog kiter dengan tulisan yang bermutu... barulah orang selalu datang baca... hehhehe...

faktor yang ketiga
malaslah nak update blog penat woo....... wow nie ayat btol2 orang pemalas... hahahaha.. maybe asal buat blog sebab terpengaruh dengan blog2 yang dia baca dan akhirnya ketandusan di tengah jalan... ramai2 blogger yang aku tengok kecundang di tengah jalan.. kadang2 ade blogger yang dah tiga tahun beb blogging tapi bile tengok sekarang dah tak berblogging.... sedangkan pengikut dah ramai... aduhai apa dah jadi beb?? mungkin disebabkan terlalu lama dengan dunia blogging atau pown mempunyai tanggungjawab dah.. hahahaha... benda nie senang jerk nak settle.. ape kater buat jadual harian... waktu blogging tetapkan 30 minit sehari untuk menulis... kan senang... hehehe blog 30 minit memberikan senaman kepada otak anda berfungsi dengan lebih baik menurut pendapat aku sendiri hehehe.....

so janganlah berputus asa di tengah jalan atau orang putih cakap hot2 chicken shit = hangat2 tahi ayam.. keh3..

kalau malas gak?? amik bantal busuk tidor lagi baik.. jangan dok kacau orang =P
bye2....

Saturday, 4 June 2011

:: Burung Marah ::

assalamulaikum..

entry kali nie berkaitan dengan permainan game ANGRY BIRD... hahaha.. sape pernah main game angry bird niyh?? seriusly aku nak cakap kat korang game nie sangat best... hahahaha... sekarang nie pown kalau kiter tengok dah banyak kedai2 jual patung BURUNG MARAH NIE,, JOM KITER TINJAU gambar2 yang comel2 nie.. huhuhu =)

comel2 tak burung niyh?? =)

nie patung2  BURUNG MARAH.. beli lah comel2 belaka =)

nie contoh2 game angry bird.. try lah maen.. best woo =) huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...