Pages

Followers

Sunday 25 December 2011

:: BLOG WILAYAH ISLAMIAH BEBAS MALWARE!!! ::




BUKTI MENUNJUKKAN BLOG WILAYAH ISLAMIAH SELAMAT DARI SERANGAN MALWARE DI UPDATE PUKUL 7.30 PETANG 25 DISEMBER 2011!!

Thursday 22 December 2011

:: Panduan Membeli Laptop Bahagian 2 ::


Assalamulaikum...

okeyh entry kali ini adalah kesinambungan kepada entry aku yang lepas berkaitan dengan panduan membeli LAPTOP!! pertama sekali tetapkan tujuan okeyh.. kegunaannya untuk ape dan carilah kesesuaian dengan kehendak tujuan saudara dan saudari sekalian..

okeyh kita masuk bahagian yang kedua berkaitan dengan kos pembelian... kalau nak kan yang terbaik mestilah harganya boleh beli sebuah motosikal baru.. hehehe.. tapi ADAKAH BERBALOI BELI LAPTOP MAHAL-MAHAL??? hahah ini persoalan yang sering mengganggu pembeli LAPTOP yang mempunyai duit poket yang tebal...

untuk pengetahuan saudari dan saudara yang budiman sekalian sebenarnya apabila kita membeli MAKHLUK bernama LAPTOP sudah semestinya mempunyai nilai susut yang agak tinggi.. tak kirelah KORANG beli LAPTOP mahal atau murah..., dan untuk pengetahuan korang perkembangan teknologi semakin berkembang pesat sesuai dengan pembangunan arus modenisasi.. so kalau korang beli mahal-mahal laptop sekarang about 3 years past ur LAPTOP can be crap and boleh campak dalam tong sampah becuase ur laptop very ketinggalan hahaha...

kesiankan?? itulah nasib MAKHLUK bernama LAPTOP.. ini lah yang menjadikan aku berfikir 2 atau 3 kali sebelum membeli LAPTOP yang mahal.. tepuk dada tanya poket kat dada tuh.. kalau rasa duit takde jadi masalah, so go on.. kalau rasa duit nak makan pown asyik xde jerk beli lah yang semi pro LAPTOP... dan sayangi LAPTOP anda seperti anda menyayangi diri ANDA =)... NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA,.,,,,,,,,,,

:: Alhamdulillah Dapat Job ::


Assalamulaikum..

Entry kali ini agak santai sikit sebabnya aku bukan nak buat tutorial pasal komputer.. tapi aku nak ceritakan pasal diri aku.. hehe... (kalau rasa tak nak dengar takpelah) tapi seriusly yang aku nak ceritakan ini mungkin boleh jadi sumber kejayaan korang dan sumber inspirasi kat korang (ayat macam yeye) hehe...

pertama sekali aku nak cerita ialah aku tak sangka aku akan jadi penulis blog...

seperti yang semua sedia maklum aku telah menjadi penulis blog sepenuh masa yang cuba menyampaikan wadah-wadah berguna buat semua (cewah), aku seorang yang  agak LAZY BONE but, aku seorang yang sangat aktif buat aktiviti.. bersukan dan sebagainya... maksudnya aku seorang yang bukan kaki menghadap laptop melainkan aku seorang GAMERS yang popular di kalangan peminat DOTA.. (mesti pening kepale dengar kan??

okeyh aku straight to the point lah, sebenarnya nak dijadikan cerita KAKI AKU INJURED semasa liga bola sepak kat IPG tempat aku belajar... Ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu... aku cuba berehat untuk sebulan lamanya tetapi masih belum baik... tatkala aku cuba bersukan semula aku akan merasa kesakitan yang amat sangat.. oleh kerana aku mengambil keputusan untuk berehat selama setahun bermula bulan SEPTEMBER 2011.. oleh kerana aku terlampau bosan sangat aku pown mula menulis BLOG yang aku telah buat 3 TAHUN YANG LEPAS!!

jadi masa mula-mula menulis blog aku sahaja santai-santai jerk, tak beri penekanan sangat.. tapi lama-kelamaan perasaan aku nak menulis semakin membuak-buak disebabkan READERS yang makin bertambah.. That's y yang menjadi kekuatan kat aku untuk terus menulis di blog.. Aku tak nak hampakan HATI READERS yang telah mula mempercayai BLOG YANG AKU BUAT!! AKU SAYANG semua READERS SEKALIAN!!! tanpa kamu semua aku tak mungkin mempunyai kekuatan seperti sekarang =P

Kedua aku tak sangka plak aku ade peminat dalam kalangan page di FACEBOOK..

Terharu sangat-sangat bila ade READERS yang bertanyakan pasal aku.. Kenapa aku dah lama tak mengkomen di status PAGE MAJLIS ILMU.. ya Allah terharu sangat-sangat.. bukannya aku tak nak komen dah, cuma aku melihat semakin ramai orang yang begitu mantap yang boleh memberikan hujah setiap persoalan yang dibangkitkan.. jadinya aku lebih tertumpu kepada penulisan blog yang telah aku buat untuk semua READERS TERSAYANG =).. JANGAN MARAH YA ADIK2 SEKALIAN.. 

insyaAllah aku sentiasa melawat page tersebut.. selagi ada masa aku akan terus mengupdate pos yang berguna untuk kalian semua hehehe.. 

Ketiga aku semakin busy.. hehehe

Ade job yang nak kene buat, lagipun seperti yang aku perkatakan aku ade 3 blog yang perlu diuruskan.. cuma satu BLOG LAGI Aku tak sempat2 nak uruskan.. iaitu WILAYAH INTELEKTUAL!!  ADE SESIAPA YANG MINAT NAK JADI ADMIN BLOG INI TAK?? kalau rasa berbakat dan mempunyai masa aku boleh ADD JADI ADMIN blog itu kepada yang berbakat dan berminat.. taknak lah blog itu mati macam itu sahaja.. boleh email kat farhanlife@gmail.com  JIKA BERMINAT!! ataupun PM aku kat FACEBOOK YANG BERNAMA TUAN MUDA FARHAN =) 

Wednesday 21 December 2011

:: Panduan Membeli Laptop Oleh Aku Yang Noob ::


Assalamulaikum..

entry kali ini berkaitan dengan panduan nak membeli laptop oleh aku yang noob tentang laptop.. uhuhu.. jadi kalau ade kekurangan maafkanlah pendapatku ini ya.. hehe.. okeyh biler nak beli laptop tetapkan tujuan.. opss sebelum aku memberikan nasihat yang noob ini.. aku nak bgtahu yang aku takkan sentuh pasal APPLE punya produk.. So, kalau ade orang yang giler APPLE nak kondem penulisan aku seriusly aku cakap korang nie mesti tak baca status aku iaitu " aku takkan sentuh pasal APPLE punya produk!!" so jelas ekh.. hehehe.. oklah nie antara panduan nak beli laptop yang super simple dari aku..
  1. Tujuan
  2. Kos (Ade duitnya berapa)
  3. Brand
TUJUAN
Okeyh, pertama sekali korang mesti tahu tujuan korang membeli laptop atas sebab apa?? adakah untuk GAMING?? ASSIGNMENT??  VIDEOMAKER?? SURFING INTERNET?? PROGRAMMING?? dan lain-lain hal lagi yang seangkatan dengannya.. apabila korang dah tahu tujuan korang untuk beli laptop.. korang boleh lah survey di kedai dengan kesesuaian pemikiran otak korang.. 

Contohnya kalau nak beli laptop untuk GAMING, korang haruslah cari laptop yang mempunyai spesifikasi yang tingggi berserta dengan DUIT POKET YANG TEBAL!! hahaha.. contoh spesifikasi GAMING.. korang kene tengok
  • intel apa yang digunakan (i7,i5,i3 amd phenom dan sebagainya)
  • tengok gak RAM die.. lagi banyak lagi bagus.. kalau ade 100G ram lagi bagus (untuk tahun 2100) hahaha..
  • grafik card.. cari lah yang DDR3, skunk dah DDR5 jangan tak tahu plak..
tengok benda alah nie dulu yang penting and baru yang lain-lain.. tapi nak nasihatkan kalau nak beli laptop untuk gaming korang carilah brand yang memang untuk gaming.. kalau korang bantai ASUS ZENBOOK untuk gaming yang giler babun berat, for the sure 1 years your laptop make many problem...

bukannya apa kebanyakkan laptop tak boleh support games yang giler babun berat!! sebab tuh untuk gaming sesuai pakai PC.. kenapa aku cakap macam tuh sebab walaupun spesification korang dah gempaks tahap DEWA tapi kalau laptop nyer selalu running application yang banyak gune tenaga for the sure tak tahan lama..

contoh mudahnya korang beli kereta BMW5 SERIES.. pastu korang buat lenjan dalam ladang getah punya jalan.. hahaha konfem 3 bulan pastu korang jual balik sebab tak tahan kos baiki kereta tersebut.. samalah hal nya dengan laptop.. belilah ikut kesesuaian tujuan korang.. kalau tak nanti korang yang rugi.. konon beli laptop spesification yang tinggi pastu setahun mula meragam dah banyak plak nak kene kuar duit.. huhuhu,,

jadi tetapkan tujuan nya okeyh.. kalau ikutkan banyak lagi nak sembang pasal tujuan ini.. tapi malas lak aku nak taip panjang-panjang.. hehe.. senang cmnie jelah kalau korang tak faham atau nak tanya pendapat aku pasal tujuan membeli laptop ini korang komen jerk kat bawah entry nie.. nanti aku balas kalau aku terbaca.. hahahaha... entry berkaitan kos dan brand aku sembang esok jelah ekh.. bye-bye sume =P

Tuesday 20 December 2011

:: Sejarah Kewujudan Komputer ::



Assamulaikum...

Sebelum aku nak memulakan tutorial aku bab komputer, aku nak bagi tau info serba sedikit mengenai sejarah komputer sendiri.. macam mane die wujud?? adakah dengn secara tiba-tiba? atau tak disengajakan? atau teknologi ini telah wujud pada masa yang lampau?? sekarang nie kite tengok sejarah ringkas dan serba sedikit mengenai kewujudan peranti pintar KOMPUTER!!!



Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit. 

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus(sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggiltulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'.Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output. 

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggilMark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
  • Generasi Pertama (1940 - 1959)
  • Generasi Kedua (1959 -1964)
  • Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
  • Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
  • Generasi Kelima (masa depan)
Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contohkomputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.

Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.

Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.

Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah. 

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar(large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

Itulah sejarah berkaitan dengan penciptaan KOMPUTER!! nanti artikel yang seterusnya akan bersambung dengan pengenalan komputer lagi.. hehe.. velum start totorial lagi.. releks2 ekh =P

Monday 19 December 2011

:: Aku dan Komputer ::

Assalamulaikum..

seperti yang telah dijanjikan dan diniatkan, aku akan menjadikan blog ini sebagai tutorial bagi komputer dan laptop.. tapi mungkin takdelah merangkumi semua perkara... cuma sikit-sikit aku akan buat tutorial okeyh!! mane larat nak buat semua betul tak?? hehehe..

aku akan mengupdate tutorial yang basic jerk... xdelah pro mane pown.. mungkin nanti akan ade orang yang lebih pro nak kondem penulisan aku nanti terpulanglah ler.. niat aku ikhlas nak membantu orang memahami basic mengenai komputer...

aku bukannya apa.. aku kesian tengok kat orang terutama sekali perempuan yang tak tahu pasal komputer.. sikit-sikit mahu hantar kedai baiki laptop.. dan jujur sekali aku mengatakan bahawasanya sepanjang aku pergi ke kedai komputer diorang nie banyak MENIPU!! SERIUSLY!! dan banyak yang menipu ini bangsa @#%$ .. aku tak leh nak bagitahu tapi pikir-pikir sendiri okeyh =)

sebab pengalaman aku banyak lah kedai nie sebenarnya nak untung lebih.. sebenarnya ada banyak laptop yang mempunyai warranty tapi mungkin TUAN punya laptop tak menyedari kewujudan WARRANTY tersebut atau tidak tahu berurusan dengan SERVIS CENTER laptop BRAND tersebut.. apabila hantar kedai habis semua software original korang seriusly semua akan digantikan dengan PIRATE!! kalau korang beli LAPTOP BARU.. korang akan dapat WINDOWS yang ORIGINAL!! so sebaik-baiknya elakkan dari KORANG MENGGUNAKAN YANG PIRATE!!

Pasal Hardware pulak lagi membohong KUAT!!.. macam-macam nak ditukarnya padahal benda lain yang problem.. ini semua sandiwara!! tapi aku dapat merasakan sebenarnya OWNER kedai mungkin jujur ketika berniaga.. tapi yang bangangnya mungkin pekerja KEDAI KOMPUTER itu yang banyak tak tahu pasal KOMPUTER.. so, lebih baik korang deal ngan bos kedai sebab die mesti lebih PRO dari pekerja die!!

tapi tak semua kedai yang tak jujur.. ade kedai yang jujur dalam berniaga dan aku pernah jugak jumpa.. tapi seriusly tak salah aku mengatakan lebih kurang 60% perkerja kedai KOMPUTER tak tahu sepenuhnya tentang KOMPUTER!! tapi BOS KEDAI, aku konferm pro!! =)..

so thats why aku nak buat penulisan tutorial aku kat sini supaya korang semua mungkin dapat menjimatkan duit poket korang dan menambah pengetahuan korang dalam membina masyarakat yang berteknologi tinggi.. hehehehe...

nota kaki BERUANG!! : pirates tuh bukan pirate lanun dalam movie tuh tapi maksudnya CETAK ROMPAK!!

Saturday 10 December 2011

:: Kenapa Aku Menulis Blog?? ::

Assalamulaikum...

Entri kali berkaitan dengan kenapa "aku menulis blog??" jawapannya adalah kerana aku dah takde kerja lain nak buat sebab itu aku mengupdate blog dan menulis blog... hehehe.. yelah dah tak tahu nak buat so, buatlah penulisan kat blog.. aku sebenarnya jenis orang yang suka membaca dan suka membaca.. ade orang kater aku nie jenis manusia skema.. tapi lantak lah ape orang nak kata yang penting AKU SUKA MEMBACA!! hehehe..

Bahan-bahan bacaan yang aku paling suka ialah bab agama.. fuh boleh dikatakan aku memang banyak menyimpan majalah yang berunsur Islam.. majalah Islam no 1 yang selalu aku beli ialah majalah SOLUSI.. harga nak dekat RM10 tapi kandungan isi dalam majalah tu sangat MANTOP... tak rugi beli dan baca.. kulit majalah tuh pun tebal bukan jenis kertas A4 yang selalu kita buat assignment tuh.. hehehe kemudian, buku-buku motivasi bab perniagaan, buku-buku cinta kepunyaan my heart dan surat khabar...

tapi oleh kerana ini sekarang zaman internet so, aku dah jarang nak beli buku dan majalah-majalah sebabnya bahan di dalam internet terlalu banyak sampai tak terbaca-baca.. mesti korang tertanyakan bahan bacaan ape yang aku tak suka baca... seriusly aku paling tak suka baca bab artis.. ape kejadahnya (ayat orang melaka) aku nak amik tahu pasal hal artis.. takde manfaat langsung dalam hidup aku... huhuhu kalau orang tanyer aku pasal artis sumpah aku banyak tak tahu... WHY U WANT WASTE UR MIND TO THINKING ABOUT ARTIS??
jangan jadi bodoh lah.. ilmu fardhu ain pun belum tentu tahu sepenuhnya dan faham sepenuhnya nie nak pulak baca tentang hidup artis yang merepek meraban... sorry aku tak layan k..

dan aku paling tak suka baca bab politik.. mashaAllah.. ape nak jadi orang sekarang ini... kalau masuk bab politik kat FB atau forum-forum internet macam nak bergaduh.. yang dah gelap hati tu lagilah.. bagi pendapat ape pun tak mahu didengarnya.. pendapat die sahaje yang betul... kalau tak boleh dengar hujah orang lain pergilah berhujah dengan pokok... seriusly die takkan menjawab hujah korang.. tapi kenapa tak nak plak?? dah berhujah dengan manusia kenalah mendengar hujah orang lain juga.. jangan rasa hujah ko sorang jerk betul.. hmmm...

dan aku paling suka kalau orang hujah berpandukan al-Quran dan Hadis... sebab takkan sesat umat nabi Muhammad selagi die berpegang pada al-Quran dan Sunnah.. THAT'S CLEAR WORD!! ape lagi nak susahkan?? ade orang kater kat aku kalau ikut al-Quran dan Sunnah jerk DADAH tuh kire tak HAROM LAH!! ape nyer hujah lah tuh... memang lah lepas al-Quran dan Sunnah ade qias dan ijtimak.. tapi aku nak tanyer die mane datang qias dan ijtimak tu kalau tak berpandukan al-Quran dan Sunnah?? ha jawab-jawab!! al-Quran dan Sunnah adalah panduan.. qias dan ijtimak dikeluarkan mengikut al-Quran dan Sunnah.. bukan berpandukan teori ciptaan manusia!! 

okelah berbalik kepada kenape aku tulis blog. adelah untuk menyatakan pandangan aku terhadap sesuatu isu.. nak kater pandangan aku 100% tepat dan betul takdelah sampai macam itu sekali.. cuma aku cuba untuk berhujah setiap sesuatu isu itu mengikut pengetahuan aku terhadap al-Quran dan Sunnah dan diikuti pandangan-pandangan ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz yang ada.. itu sahaja... SUPAYA KORANG DAN AKU MENJADI LEBIH BAIK itulah sebabnya AKU MENULIS BLOG... sekian terima kasih =)

Jom menulis kat blog.. serius ilmu makin bertambah dan TAK KURANG SIKIT PUN!! =)

Friday 9 December 2011

:: Aku dan Tahniah ::

Assalamulaikum..

entry kali ini berkaitan dengan Aku dan Tahniah.. huhuhu.. tahniah sebab ape?? sebenarnya aku nak mengucapkan tahniah kepada JUNIOR aku yang baru berkahwin dan juga kepada Obe iaitu admin BLOG SERIUS... huhuhu..

1st
kepada JUNIOR aku yang namanya dirahsiekan, semoga berkekalan ya sampai ke akhir hayat.. ingat tanggungjawab sebagai isteri, jangan ingat seronok jerk.. hehehe.. padahal memang seronok pown btul tak?? ape-ape pun bila dah berkahwin mungkin hubungan dengan kawan-kawan lelaki tu kene lah jage ekh.. tkut nanti akan timbul fitnah.. biaselah orang sekarang suke menjatuhkan orang lain.. maklumlah jeles sebab die tak dapat apa yang die nak hehehe =)... saya nak bagi tips sikit nie kepada orang yang berkhwin nie.. boleh lah bukak link blog aku nie
yang belum kahwen jangan baca.. hehehehe... TAHNIAH TAW=)

2nd
aku nak ucapkan tahniah kepada obe sebab blog beliau iaitu BLOG SERIUS dapat menduduki carta nombor SATU antara blogger yang terfamous kat MALAYSIA nie..huhu.. korang ingat senang ker nak dapat nombor 1 tuh?? jadi blogger 4 tahun pun belum tentu boleh dapat kalau takde komitmen beb... tapi seriusly aku respect giler kat obe pasal die sanggup bertahan menulis blog walaupun orang caci maki die setiap artikel yang die keluarkan... korang bayangkanlah kalau semua artikel yang kau keluarkan orang maki hamun ko.. sape tahan beb?? silap haribulan boleh berhenti terus dari menulis blog... tapi sebab kesabaran obe maka BLOGSERIUS beliau menduduki carta no 1 di MALAYSIA.. HAHAHA mesti yang maki hamun obe BURTHURT.. huhuhu...

obe jugak nak langsungkan perkhwinan lagi sebulan lagi.. tahniah lah yer.. kalau dah kahwen nanti jangan lupe plak nak update blog.. sebb nyer aku merupakan pengguna internet yang hari-hari menghadap BLOG SERIUS TUH!! huhuhu.. lagi satu kepada yuyu zulaikha.. janganlah nak mengalah kalau ade orang kondem pasal penulisan blog kiter.. just keep it up.. hahaha kesian tgk status yuyu sebab terima nasib sama macam OBE... jangan kata YUYU jerk OHMEDIA jugak kene kondem pasal penulisan diorang kat internet.. maklumlah manusia mane ade yang sempurna.. yang kaki kondem tuh agak-agak lah wei.. budjet korang bagus sangat.. sekarang korang jatuhkan orang esok lusa orang jatuhkan korang pulak.. silap-silap siap pijak muka korang padan muka...
inilah yuyu zulaikha kalau korang nak tahu.. BUKAN BAKAL ISTERI OBE TAW!! hahaha..

akhir sekali
aku bukanlah penulis blog yang popular macam kalian-kalian di atas nak ade stalker yang busuk hati.. namun aku percaya satu hari nanti mesti akan ade orang kondem penulisan aku di blog... hahaha.. abiz ape aku nak buat?? pekakkan telinga dan buat kerja aku.. yang penting tak memudharatkan diri aku sudah.. huhuhu.. k lah TAHNIAH SUME TAW!! =)

Thursday 8 December 2011

:: Aku dan Mouse ::

Assalamulaikum...

kali ini aku ingin menunjukkan mouse yang paling aku gilai dan aku rasa semua gamers dalam dunia ini nak kan mouse yang really SUPER DUPER AWESOME.. hehehe.. meh kiter tengok gambar-gambar die nak??

apa macam?? masih blur lagi??

fuh.. dahsyat kan?? nie mouse ker transformers nie??

hahaha aku nak bagi review sikit lah tentang TIKUS ini... TIKUS ini dinamakan R.A.T 9 Wireless Gaming Mouse.. so, design die super duper AWESOME.. aku belum pernah terlihat design TIKUS yang super menawan ini.. untuk pengetahuan korang TIKUS ini adelah menggunakan sistem wireless... amacam? canggih tak?? tak cukup canggih lagi?? ok fine!! TIKUS ini juga dilengkapi sistem pemberat pada depan TIKUS tersebut..(blur lah tuh).. maksudnya ade pemberat yang korang boleh laraskan mase korang gaming.. ade orang die suke mouse die ringan ade orang plak suke mouse die berat.. so inilah pilihan TERBAIK!! 

tak cukup canggih lagi?? OK FINE!! TIKUS ini dilengkapi sistem kepanjangan nyer yang boleh laras mengikut tapak tangan korang yang busuk tuh!! amacam?? budak kecik pown boleh pegang dengan sempurna dan menjadi gamers yang super mario.. hahahaha!! aku malas nak sembang kosong dengan korang meh aku tunjukkan video die plak supaya korang lebih memahami isi hati TIKUS ini!!..




amacam suke?? tak suke? tak puas hati?? puas hati?? bagi aku inilah mouse yang terbaik dalam dunia gamers dan aku cuba akan mendapatkannya kalau ade duet nanti insyaAllah =) hehehe...

ini adalah adik kepada RAT 9 yang aku tunjukkan di atas.. iaitu RAT 5 & RAT 7.. owhh.. ade adik beradik rupanya TIKUS NIE!! huhuhu...

Wednesday 7 December 2011

:: Aku dan Cuti ::

Assalamulaikum....

huhuhu.. masih ingatkah tujuan blog ini dibina?? tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk membuatkan korang rasa best study kat malaysia nie.. berbanding dengan kawan-kawan korang yang belajar kat seberang laut sana (oversea).. hehehe... jadi bila kita belajar kat universiti mesti saat yang dinanti-nanti adalah cuti semester.. kalau aku tengok blog kawan-kawan aku yang belajar kat luar negara sane.. bile dorang cuti, dorang akan pergi jejalan.. maklumlah nak balik Malaysia kos mahal.. so daripada kos mahal balik Malaysia baik diorang pergi jejalan kat Mekah ker (ececeh).. kat negara-negara eropah lain ker, so lagi berbaloi lah orang kata..

tapi kita yang belajar kat Malaysia nie? nak jejalan gak ker? tak bosan ker asyik jejalan tempat yang sama? huhuhu.. ker korang duduk kat rumah menghabiskan beras?? kesian parents korang.. hehehe.. so kat sini aku ade tips yang mungkin membestkan diri korang mase cuti-cuti sekolah yang tak tahu nak buat apa nie.. abiz kalau dah cuti sebulan lebih takkan nak duduk sahaja kan? mestilah ade aktiviti skit baru best =) hehehe..

Yang Pertama
Aku rasa baik korang kerja cuti-cuti semester nie.. yelah takkan nak berharap mak bapak tanggung korang masa cuti nie tak?? tak baik menyusahkan mak bapak doh... korang umur dah 18 tahun ke atas.. kalau nak kata tak boleh kerja menipulah kan.. so baiklah korang kerja untuk mengisi duit poket korang bagi menampung perbelanjaan semester akan datang... "macam tak best jerk kerja mase cuti-cuti" (mungkin ayat korang).. tapi seriusly memanglah letih kalau kerja tapi puas sebenarnyer kerja nie.. jumpa kawan-kawan baru, pengalaman baru yang mungkin tak dapat kat tempat lain.. so best ape kerja.. dapat duit boleh beli laptop baru.. huk3..


Yang Kedua
Buat senaman pagi-pagi buta lepas sembahyang subuh tuh.. aku tengok asyik orang tua-tua jerk yang ada kat taman pagi-pagi buat senaman.. orang muda-muda mana?? tidor jerk kerja.. tapi seriusly waa cakap tua-tua pown power kowt stamina diorang.. aku selalu joging kat tambun masa minggu study week yang lepas.. aku tengok adelah 2, 3 orang tua yang stamina die cukup power.. aku lari 3 round besar macam nak tercabut tulang temulang aku, tapi dorang lari 10 round relek jerk... laju lak tuh.. memalukan orang muda sahaja aku nie.. huhuhu.. so buatlah exersice pagi2 yer.. lepas tuh korang nak melantak tidur sampai ke petang pown takpe.. hehehe...


Yang Ketiga
Ape kater korang buat aktiviti yang berfaedah seperti menambah pengetahuan korang, contoh belajar amik gambar, belajar lagi tentang komputer nie, tapi belajar bawak motor laju2 adalah dilarang sebab korang membahayakan nyawa orang lain.. tapi kalau rasa nak mampus sangat pergilah cari tempat yang takda orang yer (kasarnyer ayat) mana tak kasarnya kalau diorang langgar ahli keluarga kau meninggal amcam? marah tak?? haiz ape aku melalut nie.. so banyakkan lah belajar mase cuti-cuti nie.. aku pown masih lagi belajar cara menggunakan komputer nie (ececeh bukan dah pro ker)... pro apekebendanya kalau tiap2 tahun ade sofware dan sistem yang baru keluar.. so kenelah follow.. takkan nak pengetahuan komputer aku tahap 2 dan 3 tahun lepas.. serius ketinggalan zaman betul tak?
ini maen game.. bukan belajaq!! jangan tiru.. huhu..

so ade dah bagi 3 tips untuk korang amalkan sepanjang cuti semester ini.. harap korang enjoy ngan cuti korang.. hahaha esok aku kene tlong ayah aku pasang tile kat bilik air... huhuhuhu pengalaman baru nie.. boleh jadi buruh pada masa akan datang... k lah chow dulu.. assalamulaikum =)

Monday 5 December 2011

:: Perkara yang lepas jangan Dikenang ::

Assalamualaikum..

entry yang aku nak cerita kali ini ialah " perkara yang lepas jangan dikenang ".. Alhamdulillah bagi aku isu pada entry  yang lepas sudah settle.. ape ekh isu entry yang lepas?? bagi yang belum baca pergilah baca entry aku tuh tajuk die "mungkin aku yang cepat terasa hati "(kalau tak silap)...

macam mane boleh settle bro?? itu mungkin pertanyaan yang mungkin diajukan kalau aku tak jelaskan.. sebenarnya pihak admin group dalam facebook itu telah pun memohon maaf,, die kater status tuh bukan dari pihak admin.. memang aku dah agak dah sebenarnya bukan dari pihak admin.. ape-ape pown pihak admin janganlah rasa bersalah k.. mungkin memang saya tak patut berada dalam group tersebut sebabnya saya amik bidang lain.. tapi sebenarnya saya di add masuk dalam group tersebut.. dan aku menganggap perkara ini telah settle di sini sahaja dan tak perlu diperbesarkan lagi dah yer =)

PERINGATAN : kepada yang suka bagi nasihat kat orang, tak salah nak bagi nasihat atau teguran.. tapi harap-harap dapat diberikan dengan penuh hikmah k.. jangan maen sedap jerk sound walaupun orang tuh melakukan kesalahan.. tapi kalau dah berkali-kali bagi nasihat tak masuk gak.. memang ptutlah kene sound yer.. hehehe.. dah tak nak cakap banyak.. maafkan saya yer semua =)

settle TAW!! =) hehe..

Thursday 1 December 2011

:: Mungkinkah Aku Yang Cepat Terasa Hati?? ::


Assalamulaikum....

kebiasaannya aku akan menulis entry disini sekiranya terjadi beberapa isu atau perkara yang membabitkan diri aku atau pun umat Islam sekarang.. tajuk entry kali ini "MUNGKINKAH AKU CEPAT TERASA HATI".. sebenarnya aku nak jelaskan kenapa aku menulis entry ini.. sebabnya aku nak betulkan kekeliruan orang terhadap status yang aku keluarkan kat facebook.. yelah aku pun tak ceritakan situasi sebenar, jadi aku tak naklah orang akan fikir bukan-bukan disebabkan aku..

kisah die macam nie.. ade satu group di facebook ini, tak tahulah sama ada adminnya atau follower nyer yang mengeluarkan status yang bermaksud begini "page tersebut hanya untuk berkaitan dengan ilmu pendidikan pemulihan sahaja.. segala yang tak berkaitan janganlah post kat situ" (macam nie lah lebih kurang maksudnya).. tapi kenapa aku nak terasa hati ekh??

sebabnya group tersebut aku tgk sejak cuti-cuti semester nie takde orang nak berkongsikan ilmu dan mengeluarkan status kat page tersebut.. jadi aku sebagai seorang penulis blog WILAYAH ISLAMIAH rasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada follower2 page tersebut.. seminggu lepas aku adelah update dalam sehari tu 2 dan 3 artikel dalam blog WILAYAH ISLAMIAH.. kemudian aku link kanlah blog WILAYAH ISLAMIAH terhadap status page tersebut.. lepas seminggu adelah aku punye link tuh jadi berderet2.. banyaklah gak status tuh.. tiba-tiba semalam ade lah hamba Allah nie yang mengeluarkan status yang lebih kurang bermaksud begini "page tersebut hanya untuk berkaitan dengan ilmu pendidikan pemulihan sahaja.. segala yang tak berkaitan janganlah post kat situ" opss.. perlukah aku TERASA HATI?? sape lagi yang mengeluarkan status seminggu sebelum itu di page tersebut? uhuhuhu =)

mungkin ade orang yang masih blur2 cerita nie.. okeylah.. senang aku bagi analogi (analogi dalam bahasa kampung ialah "contoh") mudah jelah.. Aku ade 4 orang sahabat.. tiba-tiba seorang sahabat itu ajak aku pergi ke rumah dia untuk study.. aku pun pergilah rumah dia ngan sahabat-sahabat yang lain.. sampai kat rumah dia, ibu sahabat aku tuh melayan kami semua dgn baik.. tiba-tiba abang kepada sahabat aku tuh sound kiteorang yang sedang study nie.. RUMAH NIE BUKAN TEMPAT STUDY KORANG RAMAI2.. kalau korang nak study pergilah tempat lain.. perpustakaan ker ape ker,.,. kalau kiter berada di tempat tuh nak ker kiter datang lagi ke rumah sahabat kita tadi tuh?? =)

jadi aku mengambil keputusan untuk leave jerk dari page tersebut.. tak sangkalah plak kebaikan yang aku nak bagi dianggap sebagai menyemak dalam ruang notification die.. hehhehe ATAUPUN?? 

MUNGKINKAH AKU YANG CEPAT TERASA HATI??? WALLAHUALAM =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...