Pages

Followers

Saturday, 10 December 2011

:: Kenapa Aku Menulis Blog?? ::

Assalamulaikum...

Entri kali berkaitan dengan kenapa "aku menulis blog??" jawapannya adalah kerana aku dah takde kerja lain nak buat sebab itu aku mengupdate blog dan menulis blog... hehehe.. yelah dah tak tahu nak buat so, buatlah penulisan kat blog.. aku sebenarnya jenis orang yang suka membaca dan suka membaca.. ade orang kater aku nie jenis manusia skema.. tapi lantak lah ape orang nak kata yang penting AKU SUKA MEMBACA!! hehehe..

Bahan-bahan bacaan yang aku paling suka ialah bab agama.. fuh boleh dikatakan aku memang banyak menyimpan majalah yang berunsur Islam.. majalah Islam no 1 yang selalu aku beli ialah majalah SOLUSI.. harga nak dekat RM10 tapi kandungan isi dalam majalah tu sangat MANTOP... tak rugi beli dan baca.. kulit majalah tuh pun tebal bukan jenis kertas A4 yang selalu kita buat assignment tuh.. hehehe kemudian, buku-buku motivasi bab perniagaan, buku-buku cinta kepunyaan my heart dan surat khabar...

tapi oleh kerana ini sekarang zaman internet so, aku dah jarang nak beli buku dan majalah-majalah sebabnya bahan di dalam internet terlalu banyak sampai tak terbaca-baca.. mesti korang tertanyakan bahan bacaan ape yang aku tak suka baca... seriusly aku paling tak suka baca bab artis.. ape kejadahnya (ayat orang melaka) aku nak amik tahu pasal hal artis.. takde manfaat langsung dalam hidup aku... huhuhu kalau orang tanyer aku pasal artis sumpah aku banyak tak tahu... WHY U WANT WASTE UR MIND TO THINKING ABOUT ARTIS??
jangan jadi bodoh lah.. ilmu fardhu ain pun belum tentu tahu sepenuhnya dan faham sepenuhnya nie nak pulak baca tentang hidup artis yang merepek meraban... sorry aku tak layan k..

dan aku paling tak suka baca bab politik.. mashaAllah.. ape nak jadi orang sekarang ini... kalau masuk bab politik kat FB atau forum-forum internet macam nak bergaduh.. yang dah gelap hati tu lagilah.. bagi pendapat ape pun tak mahu didengarnya.. pendapat die sahaje yang betul... kalau tak boleh dengar hujah orang lain pergilah berhujah dengan pokok... seriusly die takkan menjawab hujah korang.. tapi kenapa tak nak plak?? dah berhujah dengan manusia kenalah mendengar hujah orang lain juga.. jangan rasa hujah ko sorang jerk betul.. hmmm...

dan aku paling suka kalau orang hujah berpandukan al-Quran dan Hadis... sebab takkan sesat umat nabi Muhammad selagi die berpegang pada al-Quran dan Sunnah.. THAT'S CLEAR WORD!! ape lagi nak susahkan?? ade orang kater kat aku kalau ikut al-Quran dan Sunnah jerk DADAH tuh kire tak HAROM LAH!! ape nyer hujah lah tuh... memang lah lepas al-Quran dan Sunnah ade qias dan ijtimak.. tapi aku nak tanyer die mane datang qias dan ijtimak tu kalau tak berpandukan al-Quran dan Sunnah?? ha jawab-jawab!! al-Quran dan Sunnah adalah panduan.. qias dan ijtimak dikeluarkan mengikut al-Quran dan Sunnah.. bukan berpandukan teori ciptaan manusia!! 

okelah berbalik kepada kenape aku tulis blog. adelah untuk menyatakan pandangan aku terhadap sesuatu isu.. nak kater pandangan aku 100% tepat dan betul takdelah sampai macam itu sekali.. cuma aku cuba untuk berhujah setiap sesuatu isu itu mengikut pengetahuan aku terhadap al-Quran dan Sunnah dan diikuti pandangan-pandangan ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz yang ada.. itu sahaja... SUPAYA KORANG DAN AKU MENJADI LEBIH BAIK itulah sebabnya AKU MENULIS BLOG... sekian terima kasih =)

Jom menulis kat blog.. serius ilmu makin bertambah dan TAK KURANG SIKIT PUN!! =)

4 comments:

AL-QASSAM said...

Menulislah untuk kebaikan ummat(^-^)

Tuan Muda Farhan said...

insyaAllah =)

RuMaH TuA said...

Berkongsi minat. Saya juga suka membaca. Janganla berhenti beli buku En. Farhan... (^-^)' Untungnya andai suatu hari nanti kita dapat membina mini library di rumah...

"Membaca jambatan ilmu"

Tuan Muda Farhan said...

Terima Kasih Rumah Tua =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...