Pages

Followers

Sunday 20 November 2011

:: Aku dan Bas Ekspress ::


Assalamulaikum...

entry kali ini berkaitan aku dengan bas ekspress... huhuhu.. oleh kerana cuti semester IPG dah bermula maka ramailah anak rantauan pulang ke desa tercinta.. yang duduk bandar pulang ke bandar lah ekh.. huhu.. ramai yang dah pulang ke kampung halaman masing-masing.. aku diantara student yang balik lambat untuk semester ini.. ada lagi lambat pown ada, sebab ade program ape ntah.. malas aku nak amik tahu...

balik pada cerita aku berkaitan dengan bas ekspress nie.. aku jarang balik JB maklumlah duit tarak!!.. Setahun 4 hingga 5 kali jerk aku balik itupun kalau cuti betul2 panjang baru aku balik.. kalau setakat seminggu jerk memang aku takkan balik.. sanggup duk rumah sewa sorang-sorang sebab nak jimatkan duit.. huhuhu.. benda nie dah terlalu biasa buat aku.. ececeh.. buat ayat kesian lak aku nie!! huhuhu..

balik pada cerita aku tadi (brape banyak kali balik daa!!).... aku sebanarnya tak suke naik bas ekspress nie.. sebabnyer.. aku akan SAKIT PERUT kalau naik bas ekspress nie.. hahahaha.. ntah ape penyakit lah nie kan?? tapi serius aku selalu sakit perut bile bas mulakan perjalanan.. bila dah sakit perut tuh yang problem tuh.. nak tahan perhhh.. 8 jam woo baru sampai JB giler ker nak tahan.. dah 4 ke 5 kali aku kene sakit perut masa naik bas ekspress nie..

serius nak tak nak terpakselah aku tebalkan muke pergi kat driver bas suruh die berhenti mana-mana sebab aku dah tak tahan.. ade pemandu bas yang ok.. aku gak pemandu bas yang marah.. maklumlah bas baru jerk gerak dah nak kene berhenti, kalau aku jadi pemandu bas tu pown aku angin.. tapi nak tak nak kenelah buat muke tak malu,, huk3..

aku balik esok malam pukul 10.30 malam bas aku.. aku harap kali ini aku dielakkan oleh perkara yang membengangkan aku tuh.. aku pilih waktu malam sebab waktu malam sejuk dan aku boleh tido.. mungkin dengan tidur jerk dapat mengelakkan aku dari SAKIT PERUT yang hampeh!! sekian =P

Wednesday 16 November 2011

:: Aku dan Kopi ::


assalamulaikum.....

entry kali ini berkaitan aku dengan kopi.. huhuhu bunyi macam pelik.. tapi ini lah aku nak cerita kat korang semua berkaitan dengan kopi nie.. minggu exam telah tiba.. nak tak nak, mahu tak mahu, suke tak suke, aku kene menghadapi jugak exam ini.. fuhh..

aku sebenarnya seorang yang sangat malas untuk study.. sebab tu aku suke study last minit.. kebiasaannya aku akan study sewaktu lagi 3 jam nak masuk exam... fuhh,, gilerkan?? korg jgn tiru lak... jadi mesti korg terpikir macam mane siot nak study sume dalam masa 3 jam lagi.. huhuhuhu... jawapannya ialah aku mengambil suppliment tambahan.. aku bukan orang kaya nak beli vitamin C, A, B dan sebagainya.. jadi supplement yang paling murah adalah secawan kopi =)...

mesti ada di antara korg yang sakit hati sama aku biler aku keluar kenyataan ini... mesti korg tertanya2 betul ker kopi buat pandai?? betul ker kopi buat tak ngantuk?? aku minum xde pape effect pown.. nie auta nie!! hahaha.. percayalah cakap aku  kopi nie sebenarnya bagus untuk daya ingatan.. huhu.. tak percaya lagi? sat lagi aku buktikan ok!!..

pastu ada gak kenyataan yang berbaur bsuk yang mengatakan kopi nie ade caffein.. so merbahaya sebanarnya untuk kita minum.. huhuhu.. nak tanya ekh korang dah kaji secara saintifik ker kenyataan tuh?? "ala aku dah tgk dah kat internet banyak kajian cakap kopi tak bagus".. huhuhu aku nak tanya korg sape yang kaji tuh? ISRAEL ka?? hahaha.. kesian korang sebab kene LIPAT ngan ISRAEL nie.. meh aku buktikan sebanrnya kopi tuh bagus =)

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

Nescaffe je yang setakat ni ada kesan negative bagi pengamalnya. Tu pun disebabkan ianya diproses menggunakan resepi orang-orang bukan islam. kopi lain kan banyak.

huhu.. kopi minuman kegemaran nabi tapi kita sering dimomok-momokkan bahawa kopi tu tak baguslah, itulah inilah.. orang YAHUDI sendiri yang keluarkan fakta kopi bahaya tapi dorang jugak yang minum kopi!! Huhuhu.. memang ada kopi yang berbahaya sebab telah dicampur bahan-bahan kimia seperti nescafe dan lain-lain lagi.. tapi kita sendiri yang berhak memilihnya!!

apalagi kawan2.. dah tahu fakta ini jom kiter minum kopi masa exam2 nie.. sure otak berputar macam gasing.. lagi satu tips yang best mase sejam lagi nak jawab exam cube minum secawan kopi.. fuhh.. sure dalam exam fokus nak menjawab naik 200%.. huhuhu SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN!! =)

nyum2.. sedap nasi lemak tuh!! huhu..

Friday 4 November 2011

:: Siapa Diri Kamu ?? ::

assalamulaikum...

pada asalnya tak terniat dan tak terlintas untuk aku mengupdate blog pada hari ini.. namun hati aku berubah tatkala membuka page MURTAD IN MALAYSIA AND SINGAPORE kat facebook tadi.. hati terus rasa ingin memberontak terhadap page yang penuh kejahilan ini.. ramai antara pengupdate status di situ boleh dikatakan menggunakan nama MELAYU!! dan ISLAM!!...

apa sudah jadi dengan anak muda pada zaman sekarang ini?? terlebih pendidikan?? kurang pendidikan?? atau terlampau terpengaruh dengan ajakan dan kemewahan dunia sehinggakan sanggup menghina nabi junjungan dan juga tuhan mereka sendiri?? inilah yang membuatkan aku rasa patut untuk aku menulis artikel ini.. jika aku berdiam sahaja tanpa usaha beerti aku tidak cuba untuk merubah situasi yang berlaku itu..

apabila membaca komen2 yang ada di page itu, aku menjadi kaget... kenapa semua itu berlaku?? persoalan yang tercetus saat pertama kali melihatnya..

status yang menghina.. baguskan kalian dapat berbuat demikian? menghina satu agama yang dijanjikan benar dalam kehidupan manusia? jika anda beragama lain sekalipun anda harus menghormati agama lainnya, begitulah yang diajarkan agama ISLAM kepada umatnya. Yang menyedihkan lagi apabila ada diantara orang ISLAM itu sendiri menyokong status2 yang dikeluarkan.. ya Allah berilah mereka petunjuk dan hidayah..

persoalannya siapa kamu untuk berbicara mengenai ISLAM apatah lagi menghinanya?? adakah kamu tahu semua kandungan dan isi yang tersirat dan tersurat di dalam kitab agung iaitu kitab suci Al-Quran?? adakah kamu tahu sirah perjalanan nabi Muhammad yang agung ketika menyampaikan agama itu?? tahukah kamu sifat dan akhlak baginda, sehinggakan kamu sewenang2nya berbicara mengenai baginda?? tahu semua hadis sahih yang disampaikan olehnya??

aku percaya jika kamu mengetahui semua itu kamu tidak akan mengeluarkan komen atau status jahil kamu di page tersebut... tetapi kamu tidak tahu semua itu.. ilmu kamu hanya berasaskan media yang dipelopori oleh gerakan zionis.. itu yang menjadikan kamu menjadi buta kalbu untuk terus memahami apa itu ISLAM sebenarnya.. status dan komen2 yang jika dinilai oleh orang yang mempunyai keintelektualan pasti akan menganggap kamu jahil dan sangat jahil.. setiap apa yang diperkatakan tidak mempunyai bukti dan hujah langsung..  jika berhujah sekalipun kamu hanya menggunakan hujah berasaskan perasaan dan bukannya dengan akal yang Allah kurniakan..

banyak golongan yang cerdik pandai daripada barat apabila mereka mengkaji tentang ISLAM mereka kagum akannya.. ini kerana keharmonian intelektual mereka menjadikan mereka bagitu.. mereka banyak mendengar tentang ISLAM itu jahat, ISLAM itu menindas, ISLAM itu kejam.. apabila mereka mendengar semua itu mereka mengkaji untuk membuktikan ISLAM itu sedemikian rupa.. namun mereka akan temui sebaliknya..

bagi kamu yang membuat status dan komen2 menghina itu, bertaubatlah.. jangan menunjukkan kejahilan kamu itu lagi.. jangan berbicara mengenai sesuatu yang kamu tidak tahu.. sebab ia akan menyebabkan kamu sangat jahil dimata orang yang mempunyai keintelektualan walaupun kamu dipandang tinggi oleh golongan seperti kamu!!

jangan biarkan diri anda jadi seperti ini!!

Wednesday 2 November 2011

:: Beriadah Bersama ::

Assalamulaikum...

pada entry yang lepas aku ingin meminta maaf jika ada menyinggung perasaan orang lain..bukan niat aku untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam.. siapa aku untuk meluahkan kepada orang lain perasaan aku ??menteri? atlit? selebriti??..

alhamdulillah aku  semakin pulih... terima kasih atas sokongan teman-teman sekalian.. hari ini genap 5 hari aku berjoging di waktu pagi.. satu perkara luar tabii yang aku lakukan dalam kehidupan aku.. aku bingkas bangun pada jam 6 pagi, bersiap mandi dan bersolat.. selepas itu aku akan bergerak ke padang kosong depan lost of world tambun... aku selalu memerhati orang yang beriadah disitu...dan terlintas untuk bersama beriadah..

satu perkara yang buat aku terpegun ialah keindahan alam yang Allah jadikan.. sungguh mempesonakan.. selama ini aku tidak pernah rasa kagum seperti ini.. setiap hari aku berjoging dengan perasaan girang dan tenang memikirkan ciptaan yang Maha Agung.. satu pengalaman yang mungkin aku tidak akan rasakan semasa aku berada di johor bahru.. asap kenderaannya memenuhi ruang pagi yang tenang.. hiruk pikuk kenderaan yang bergerak menuju ke tempat kerja.. anjing berkeliaran.. sausana panas walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi!..

aku rasa bersyukur dapat hidup disini.. namun kerinduan terhadap keluarga masih menebal walaupun aku jarang pulang ke sana.. perkara kedua yang buat aku kagum ialah orang yang beriadah waktu pagi bersama-sama aku.. kebanyakkan orang yang sudah berusia.. ke mana pergi pemuda-pemudi sekalian?? adapun cuma 2 dan 3 orang sama seperti aku.. yang lain mungkin masih bermimpi barangkali..

satu persoalan yang tergetus di dalam sanubari aku sebagai seorang mahasiswa.. manakah golongan pemuda pada zaman sekarang?? adakah mereka fikir mereka sihat?? mereka fikir mereka kuat?? mereka fikir mereka hebat?.. itu persoalan yang sering timbul.. mereka mungkin akan tersedar apabila mereka tua dan ditimpa penyakit .. namun semua itu mungkin sudah terlambat.. adakah apabila ditimpa penyakit baru mereka akan bersenam, melakukan aktiviti riadah?.. sesungguhnya mencegah itu lebih baik.. justeru aku hanya ingin mengingatkan,, lakukanlah aktiviti riadah walaupun berat untuk melakukan..

jangan sudah terhantuk baru tergadah.. zaman sekarang penyakit tidak mengenal usia!!
sekian wassalam...

Sukan merupakan satu alat ke arah menyihatkan tubuh badan.Tetapi ada seperkara lagi yang umat Islam patut  titik beratkan ialah soal aurat.Bersukanlah selagi mana sukan itu tidak melanggar batas-batas syariat dalam agama Islam. Bahkan Islam menggalakkan umatnya sihat.Kita dapat lihat dalam sebuah hadis yang Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” 
(Hr Muslim-sahih)
 

Tuesday 1 November 2011

:: aku dah penat dgn semuanya ::

assalamulaikum......

aku tak bertujuan untuk menulis entry kali ini... dan aku cuba menahan untuk menulis di dalam blog ini bagi tidak menyinggung orang lain.. namun aku tewas... saat aku menulis entri kali ini kerana aku sudah tidak tahan.. hati aku yang telah lama terbungkam dari pandgn org ramai terpksa aku luah... aku kecewa dgn diri aku.. sikap aku.. mana perginya diri aku yang dulu....

selama ini aku hanya memendamkan perasaan aku.. diluar aku nampk ceria, tapi di dalam hati terlalu parah dgn cabaran dugaan yang aku alami.. setiap manusia inginkan kehidupan yang bahagia begitu juga aku.. dalam menuju kearah bahagia itu aku terlalu lemah untuk itu... orang memandang aku dengan pandangan yang sinis.. aku tahu aku tak sekaya kalian, aku tahu aku tak sekuat iman seperti kalian,.. aku tahu aku tak mampu seperti kalian.. hanya di pandangan manusia aku ini lelaki tak bertanggungjawab.. lelaki yang tak tahu mengenang budi.. lelaki yang ego.. lelaki yang hipokrit...

diikutkan hati ingin aku lari dari semua masalah ini kembali seperti remaja dulu yang tidak mempunyai masalah.. tapi adakah dengan cara itu aku akan bahagia?? kenyataan yang terlalu perih untuk ditelan.. hatiku semakin hari semakin parah dengan kata2 yang dilemparkan.. kini aku jatuh tak bermaya.. aku tidak tahu kapan waktu hati aku pulih seperti sedia kala... atau mungkin tidak akan pulih semula...

hatiku terlalu sayu..
jiwaku terasa layu..
biar saja waktu berlalu..
itu hanya termampu.......

la tahzan duhai hati... =(....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...