Pages

Followers

Wednesday, 2 November 2011

:: Beriadah Bersama ::

Assalamulaikum...

pada entry yang lepas aku ingin meminta maaf jika ada menyinggung perasaan orang lain..bukan niat aku untuk meluahkan segala isi hati yang terpendam.. siapa aku untuk meluahkan kepada orang lain perasaan aku ??menteri? atlit? selebriti??..

alhamdulillah aku  semakin pulih... terima kasih atas sokongan teman-teman sekalian.. hari ini genap 5 hari aku berjoging di waktu pagi.. satu perkara luar tabii yang aku lakukan dalam kehidupan aku.. aku bingkas bangun pada jam 6 pagi, bersiap mandi dan bersolat.. selepas itu aku akan bergerak ke padang kosong depan lost of world tambun... aku selalu memerhati orang yang beriadah disitu...dan terlintas untuk bersama beriadah..

satu perkara yang buat aku terpegun ialah keindahan alam yang Allah jadikan.. sungguh mempesonakan.. selama ini aku tidak pernah rasa kagum seperti ini.. setiap hari aku berjoging dengan perasaan girang dan tenang memikirkan ciptaan yang Maha Agung.. satu pengalaman yang mungkin aku tidak akan rasakan semasa aku berada di johor bahru.. asap kenderaannya memenuhi ruang pagi yang tenang.. hiruk pikuk kenderaan yang bergerak menuju ke tempat kerja.. anjing berkeliaran.. sausana panas walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi!..

aku rasa bersyukur dapat hidup disini.. namun kerinduan terhadap keluarga masih menebal walaupun aku jarang pulang ke sana.. perkara kedua yang buat aku kagum ialah orang yang beriadah waktu pagi bersama-sama aku.. kebanyakkan orang yang sudah berusia.. ke mana pergi pemuda-pemudi sekalian?? adapun cuma 2 dan 3 orang sama seperti aku.. yang lain mungkin masih bermimpi barangkali..

satu persoalan yang tergetus di dalam sanubari aku sebagai seorang mahasiswa.. manakah golongan pemuda pada zaman sekarang?? adakah mereka fikir mereka sihat?? mereka fikir mereka kuat?? mereka fikir mereka hebat?.. itu persoalan yang sering timbul.. mereka mungkin akan tersedar apabila mereka tua dan ditimpa penyakit .. namun semua itu mungkin sudah terlambat.. adakah apabila ditimpa penyakit baru mereka akan bersenam, melakukan aktiviti riadah?.. sesungguhnya mencegah itu lebih baik.. justeru aku hanya ingin mengingatkan,, lakukanlah aktiviti riadah walaupun berat untuk melakukan..

jangan sudah terhantuk baru tergadah.. zaman sekarang penyakit tidak mengenal usia!!
sekian wassalam...

Sukan merupakan satu alat ke arah menyihatkan tubuh badan.Tetapi ada seperkara lagi yang umat Islam patut  titik beratkan ialah soal aurat.Bersukanlah selagi mana sukan itu tidak melanggar batas-batas syariat dalam agama Islam. Bahkan Islam menggalakkan umatnya sihat.Kita dapat lihat dalam sebuah hadis yang Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” 
(Hr Muslim-sahih)
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...