Pages

Followers

Friday, 4 November 2011

:: Siapa Diri Kamu ?? ::

assalamulaikum...

pada asalnya tak terniat dan tak terlintas untuk aku mengupdate blog pada hari ini.. namun hati aku berubah tatkala membuka page MURTAD IN MALAYSIA AND SINGAPORE kat facebook tadi.. hati terus rasa ingin memberontak terhadap page yang penuh kejahilan ini.. ramai antara pengupdate status di situ boleh dikatakan menggunakan nama MELAYU!! dan ISLAM!!...

apa sudah jadi dengan anak muda pada zaman sekarang ini?? terlebih pendidikan?? kurang pendidikan?? atau terlampau terpengaruh dengan ajakan dan kemewahan dunia sehinggakan sanggup menghina nabi junjungan dan juga tuhan mereka sendiri?? inilah yang membuatkan aku rasa patut untuk aku menulis artikel ini.. jika aku berdiam sahaja tanpa usaha beerti aku tidak cuba untuk merubah situasi yang berlaku itu..

apabila membaca komen2 yang ada di page itu, aku menjadi kaget... kenapa semua itu berlaku?? persoalan yang tercetus saat pertama kali melihatnya..

status yang menghina.. baguskan kalian dapat berbuat demikian? menghina satu agama yang dijanjikan benar dalam kehidupan manusia? jika anda beragama lain sekalipun anda harus menghormati agama lainnya, begitulah yang diajarkan agama ISLAM kepada umatnya. Yang menyedihkan lagi apabila ada diantara orang ISLAM itu sendiri menyokong status2 yang dikeluarkan.. ya Allah berilah mereka petunjuk dan hidayah..

persoalannya siapa kamu untuk berbicara mengenai ISLAM apatah lagi menghinanya?? adakah kamu tahu semua kandungan dan isi yang tersirat dan tersurat di dalam kitab agung iaitu kitab suci Al-Quran?? adakah kamu tahu sirah perjalanan nabi Muhammad yang agung ketika menyampaikan agama itu?? tahukah kamu sifat dan akhlak baginda, sehinggakan kamu sewenang2nya berbicara mengenai baginda?? tahu semua hadis sahih yang disampaikan olehnya??

aku percaya jika kamu mengetahui semua itu kamu tidak akan mengeluarkan komen atau status jahil kamu di page tersebut... tetapi kamu tidak tahu semua itu.. ilmu kamu hanya berasaskan media yang dipelopori oleh gerakan zionis.. itu yang menjadikan kamu menjadi buta kalbu untuk terus memahami apa itu ISLAM sebenarnya.. status dan komen2 yang jika dinilai oleh orang yang mempunyai keintelektualan pasti akan menganggap kamu jahil dan sangat jahil.. setiap apa yang diperkatakan tidak mempunyai bukti dan hujah langsung..  jika berhujah sekalipun kamu hanya menggunakan hujah berasaskan perasaan dan bukannya dengan akal yang Allah kurniakan..

banyak golongan yang cerdik pandai daripada barat apabila mereka mengkaji tentang ISLAM mereka kagum akannya.. ini kerana keharmonian intelektual mereka menjadikan mereka bagitu.. mereka banyak mendengar tentang ISLAM itu jahat, ISLAM itu menindas, ISLAM itu kejam.. apabila mereka mendengar semua itu mereka mengkaji untuk membuktikan ISLAM itu sedemikian rupa.. namun mereka akan temui sebaliknya..

bagi kamu yang membuat status dan komen2 menghina itu, bertaubatlah.. jangan menunjukkan kejahilan kamu itu lagi.. jangan berbicara mengenai sesuatu yang kamu tidak tahu.. sebab ia akan menyebabkan kamu sangat jahil dimata orang yang mempunyai keintelektualan walaupun kamu dipandang tinggi oleh golongan seperti kamu!!

jangan biarkan diri anda jadi seperti ini!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...