Pages

Followers

Sunday 26 June 2011

:: Susahnya Hendak Menjaga Lidah ::


assalamulaikum..
sumber : majalah solusi isu 28

Pada zaman sekarang ini, ramai daripada kalangan manusia yang sangat warak dan sangat menjaga daripada memakan makanan haram, meminum arak atau menonton yang haram, tetapi susah untuk mereka menjaga lidah daripada bercakap dan mencerca kehormatan orang lain. Mereka  sewenang-wenangnya menghina, menuduh dan mencerca ulama lain yang tidak sealiran dengan mereka. tidak kira sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, tanpa memikirkan kesan dan dosa akibat daripada perkataan mereka itu. Boleh jadi orang yang mereka cerca itu telah lama berada di dalam syurga.

Imam al-Zahabi rhm. berkata ; "Perkataan sesama kawan, ahli-ahli semasa tidak di ambil kira dengannya, lebih-lebih lagi apabila diperhatikan terdapat perseteruan antara mereka ataupun berbeza pendapat mazhab ataupun kerana hasad dengki. tidak selamat daripada perbuatan tersebut kecuali orang yang dipelihara oleh Allah s.w.t. saya tidak tahu suatu masa yang telah berlalu, yang mana umatnya selamat daripada fitnah ini selain daripada para nabi dan siddiqin. Jika mahu disenaraikan golongan ini, nescaya boleh ditulis berjilid-jilid lagi kitab tentangnya." (Lisan al-Mizan, jil. 1, hlm. 201)

Imam Ahmad rhm. telah bertanya kepada beberapa orang pelajarnya; "dari mana kamu datang?" Mereka menjawab : "Dari masjid Abi Kuraib (beliau ini yang suka mengkritik Imam Ahmad)."

Berkata Imam Ahmad: "Tulislah apa yang kamu belajar daripadanya kerana beliau seorang syiekh yang soleh." Para pelajar itu memberitahu bahawa Abi Kuraib selalu mengkritik (Imam Ahmad). Beliau menjawab : "Apa aku nak buat. Seorang Syeikh yang soleh telah dijuji Allah (memberinya bala) dengan membenciku (Tarikh Dimasyq, hlm.55/88)

Terdapat banyak lagi contoh lain tentang betapa tenang dan matangnya para ulama yang benar-benar berilmu menghadapi situasi perbezaan pendapat. Semoga beberapa contoh dan peristiwa yang dinukilkan ini menjadi panduan kita dalam menangani masalah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...