Pages

Followers

Wednesday 7 December 2011

:: Aku dan Cuti ::

Assalamulaikum....

huhuhu.. masih ingatkah tujuan blog ini dibina?? tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk membuatkan korang rasa best study kat malaysia nie.. berbanding dengan kawan-kawan korang yang belajar kat seberang laut sana (oversea).. hehehe... jadi bila kita belajar kat universiti mesti saat yang dinanti-nanti adalah cuti semester.. kalau aku tengok blog kawan-kawan aku yang belajar kat luar negara sane.. bile dorang cuti, dorang akan pergi jejalan.. maklumlah nak balik Malaysia kos mahal.. so daripada kos mahal balik Malaysia baik diorang pergi jejalan kat Mekah ker (ececeh).. kat negara-negara eropah lain ker, so lagi berbaloi lah orang kata..

tapi kita yang belajar kat Malaysia nie? nak jejalan gak ker? tak bosan ker asyik jejalan tempat yang sama? huhuhu.. ker korang duduk kat rumah menghabiskan beras?? kesian parents korang.. hehehe.. so kat sini aku ade tips yang mungkin membestkan diri korang mase cuti-cuti sekolah yang tak tahu nak buat apa nie.. abiz kalau dah cuti sebulan lebih takkan nak duduk sahaja kan? mestilah ade aktiviti skit baru best =) hehehe..

Yang Pertama
Aku rasa baik korang kerja cuti-cuti semester nie.. yelah takkan nak berharap mak bapak tanggung korang masa cuti nie tak?? tak baik menyusahkan mak bapak doh... korang umur dah 18 tahun ke atas.. kalau nak kata tak boleh kerja menipulah kan.. so baiklah korang kerja untuk mengisi duit poket korang bagi menampung perbelanjaan semester akan datang... "macam tak best jerk kerja mase cuti-cuti" (mungkin ayat korang).. tapi seriusly memanglah letih kalau kerja tapi puas sebenarnyer kerja nie.. jumpa kawan-kawan baru, pengalaman baru yang mungkin tak dapat kat tempat lain.. so best ape kerja.. dapat duit boleh beli laptop baru.. huk3..


Yang Kedua
Buat senaman pagi-pagi buta lepas sembahyang subuh tuh.. aku tengok asyik orang tua-tua jerk yang ada kat taman pagi-pagi buat senaman.. orang muda-muda mana?? tidor jerk kerja.. tapi seriusly waa cakap tua-tua pown power kowt stamina diorang.. aku selalu joging kat tambun masa minggu study week yang lepas.. aku tengok adelah 2, 3 orang tua yang stamina die cukup power.. aku lari 3 round besar macam nak tercabut tulang temulang aku, tapi dorang lari 10 round relek jerk... laju lak tuh.. memalukan orang muda sahaja aku nie.. huhuhu.. so buatlah exersice pagi2 yer.. lepas tuh korang nak melantak tidur sampai ke petang pown takpe.. hehehe...


Yang Ketiga
Ape kater korang buat aktiviti yang berfaedah seperti menambah pengetahuan korang, contoh belajar amik gambar, belajar lagi tentang komputer nie, tapi belajar bawak motor laju2 adalah dilarang sebab korang membahayakan nyawa orang lain.. tapi kalau rasa nak mampus sangat pergilah cari tempat yang takda orang yer (kasarnyer ayat) mana tak kasarnya kalau diorang langgar ahli keluarga kau meninggal amcam? marah tak?? haiz ape aku melalut nie.. so banyakkan lah belajar mase cuti-cuti nie.. aku pown masih lagi belajar cara menggunakan komputer nie (ececeh bukan dah pro ker)... pro apekebendanya kalau tiap2 tahun ade sofware dan sistem yang baru keluar.. so kenelah follow.. takkan nak pengetahuan komputer aku tahap 2 dan 3 tahun lepas.. serius ketinggalan zaman betul tak?
ini maen game.. bukan belajaq!! jangan tiru.. huhu..

so ade dah bagi 3 tips untuk korang amalkan sepanjang cuti semester ini.. harap korang enjoy ngan cuti korang.. hahaha esok aku kene tlong ayah aku pasang tile kat bilik air... huhuhuhu pengalaman baru nie.. boleh jadi buruh pada masa akan datang... k lah chow dulu.. assalamulaikum =)

3 comments:

khazinatul_humyra@yahoo.com said...

Yang antara tips di ats Tuan Muda buat?

Tuan Muda Farhan said...

aah buat sendiri.. yang baik ikutlah.. yang jahat jangan ikut.. hehehhe =)

Cikgu Jidean said...

kerja la paling best...xdalah rasa boring sangat cuti sebulan tu..duit pom masyukkk $$$$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...