Pages

Followers

Friday 13 May 2011

:: Misteri Jam 2 Pagi ::

assalamulaikum..

hahaha.. entry kali nie bukan sambungan part2 cerita "aku keseraman" tapi cerita lain yang aku nak sampaikan.. cerita "aku keseraman" mendapat reaksi yang luar biasa daripada follower yang mintak aku sambung dan habizkan cerita tuh.. tengoklah jap lagi ker aku sambung... hehehe.. yang nie lain sikit.. aku nak cerita kisah seram dalam cerita aku sendiri... pening?? ntah aku pown tak tahu apa yang aku merapukan kali nie.. okey kita terus straight to the point k....

cerita dia macam nie... sedang aku sibuk mengupdate blog aku semalam , sedar tak sedar jam telah menunjukkan pukul 2 pagi... secara tidak langsung apabila telah penat memerah otak dengan membaca buku semalam, dengan tidak semena-mena perut aku menjadi lapar dan perlu diisi.. aku ingat nak keluar makan dengan azizee housemate aku, tapi tengok-tengok dia dah tertido.. alahai... nak ajak zaa plak dia baru balik dari beli makanan.. so, nak taknak aku kenalah pergi sendiri kedai mana-mana untuk mencari makanan...

untuk pengetahuan korang kawasan perumahan kat rumah aku nie agak sunyi bila malam menjelma.. mungkin ada kaitan dengan cerita "aku keseraman part2" yang akan aku sambung nanti.. hehehe.. so balik semula kepada cerita tadi.. aku dengan lincahnya pakai sweater aku, cari kunci motor, pakai helmet dan terus menuju ke arah motor aku yang telah di parking di hadapan rumah...

cuaca malam tuh agak sejuk sekali sebab suasana baru lepas hujan.. jalan masih lagi basah dek disiram oleh air hujan.. aku pown terus start motor aku dan membuka pagar lalu berlalu pergi... sedang aku berjalan sorang-sorang merentas kegelapan malam aku pun melilaukan mata aku melihat rumah-rumah yang aku lalu.. kelihatan semua rumah bertutup rapat, mungkin tuan rumah dah tido awal pasal suasana yang sejuk membuatkan ramai penghuni tido awal.. tinggallah aku seorang yang meredah kegelapan malam bagi mencari sebungkus makanan.. uhuhu...

sedang aku sampai di hujung simpang kat hujung jalan rumah aku.. suasana menjadi bertambah sunyi... kelihatan semak tebal dan pokok-pokok ditepi jalan menemaniku... tetiba rasa cuak pulak dalam hati aku... bukannyer aku penakut atau apa.. aku masa tu perasan bulan mengambang baik punya.. perhh.. kalau diikutkan orang tua-tua cakap.. waktu bulan mengambang lah kita senang nampak hantu... huhuhu.. so aku tiba-tiba rasa seram pulak...

manalah nak tahu kalau ada perempuan dok tahan motor aku sedang aku keseraman.. konfem aku pecut 100 meter punyer.. yelah giler ker perempuan tahan motor tengah2 malam... kalau tak hantu sapa lagi?? huhuhu.. dalam keseraman tuh aku teringat kisah kawan aku kat aku.. nie dia ceritakan pengalaman betul jiran dia yang dikacau oleh hantu pontianak yang berlaku dikawasan perumahan aku kat johor bahru..

dia nie orang sabah... dia baru balik dari duk lepak-lepak ngan kawan-kawan dia.. malam tuh, dia nie adalah teguk arak sikit,, so mabuk masa balik tuh.. oleh kerana dia jalan kaki waktu tuh.. dia lalu taman yang betul-ada kat depan rumah aku masa tu untuk shortcut sampai kerumahnya. Sememangnya taman yang dia lalu tuh member aku sendiri pernah cakap kawasan taman tuh memang keras terutama sekali lepas tengah malam.. alhamdulillah buat masa nie aku tak pernah kena lagi lah kat situ.. huhuhu.. sedang dia melalui taman tu sorang2 untuk sampai ke rumah.. tetiba dia ternampak seorang perempuan tengah duduk kat kawasan pondok kat taman tu.. masa tu dia sorang dalam keadaan mabuk sikit dan takde orang lain kat taman tuh melainkan dia dengan perempuan tengah duduk tuh.. masa tuh member aku cakap kejadian tuh berlaku dalam PUKUL 2 PAGI..

dia pown apalagi pergi lah kat perempuan tuh nak ushar.. yelah bila dalam keadaan mabuk kita mana nak sedar perbuatan kita betul tak, bila nampak perempuan terus nak sapu.. dia pown pergi ke arah pondok tempat perempuan tu duduk.. (wei nie aku ceritakan balik kejadian tuh berdasarkan cerita member aku) perempuan tuh duduk berpaling daripada menghadap dia, so dia nampak lah dengan jelas ciri-ciri perempuan tuh.. berambut panjang sampai kepinggang, rambut lurus rebonding baik punya,, tapi pakaian serba putih semua.. muka tak nampak sebab halang dengan rambut.. oleh kerana jiran kawan aku nie dah kemaruk sangat kowt.. dia pown sapalah perempuan tuh.. hai, kenapa duduk malam-malam kat sini tak takut ker?? perempuan tuh tak jawab... (mungkin sebab perempuan tuh dah tahu yang dia hantu so mamat nie plak leh tanya soalan bangang macam tuh mesti perempuan tuh bengang)...

melihat reaksi perempuan tu yang tak berkata apa-apa.. mamat niyh pown duduk rapat belakang perempuan tuh.. macam nak pegang2 kot.. maklumlah orang tengah mabuk.. sedang dia nak pegang jerk bahu perempuan tuh.. sekali perempuan tuh toleh kan mukanya.. alangkah terkejutnyer mamat niyh bila tengok muka perempuan tuh takde... apalagi.. lari tak cukup tanah lah.. masa member aku cerita tuh jiran dia masih lagi demam panas.. mungkin sebab tersampuk kowt.. yelah, seram siot kena macam tuh... member aku nasihatkan aku jangan lalu kawasan taman tuh kalau malam-malam.. lebih2 lagi kalau aku sorang2.. huhuhu..

sambung cerita ku tadi.. aku terus memecut motor aku sampai ke kedai makan.. aku lincah-lincah beli makanan and terus pecut balik.. takut gak aku tiba-tiba ternampak perempuan baring tengah jalan tiba-tiba bila tengok muka takde... huhuhu.. so aku nasihatkan lah kepada adik2 junior yang baru duduk luar, kalau nak keluar tengah malam-malam baik berteman.. dan kalau boleh elakkan daripada keluar berseorangan selepas jam 12 malam.... TAKUT2 KORANG MANGSA SETERUSNYA!!!! salam...

2 comments:

Zazachan said...

maknanya takde apa yang berlaku kat kau kan?kan? sori aku macam pening2 lalat baca banyak2 arini..huhu..

Tuan Muda Farhan said...

wah tq sebab amik berat.. hahaha.. gurau jerk.. malam semalam xde pe pown berlaku.. cume nak cerita kisah kawan dalam entry kali nie.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...